Nuffnangx

Tuesday, 8 January 2013

Subuh dan Buluh

Assalamu'alaikum. Subuh ni legendary sangat2. Dua raka'at je pon, pendek je. Tapi nak bangun bukan menda yang mudah. Nak buat apatah lagi. Ye la, tengah lena diulit mimpi tiba2 kena bangun solat. Tu yang liat je nak buat. Bagi yang memang tak memberatkan solat, atau tak pernah solat tu lain cerita. Tapi banyak jugak orang yang memang tak boleh nak bangun solat Subuh tanpa dikejutkan seseorang. (Berkali-kali). Jam loceng ke henfon ke apa ke bunyi, memekak2 dan membingitkan telinga orang lain pon, empunya diri tak bergerak2 dari pembaringan. Dah abis SNOOZE segala, tak jalan jugak. Dengkur lagi.. Hurmm...

Assalamu'alaikum. Fajr Prayer to me is very 'legendary'. Very short, only 2 raka'at But the hardest to wake up or to perform it. Odd hours, of course.. won't be easy to do so in the midst of sound sleep. It doesn't matter to those who don't take their prayers seriously or don't even pray to begin with. But for those who do, Subuh has been a struggle without someone wake them up ~ (Thousands of time). Lying still, even after the alarm clock or handphone has been screaming for ages,deafening others' ears. Until they keep snoozing even. Still fast asleep, snoring some more. Hurmm.. 

Dulu mak kejutkan, dari kecik sampai la besar. Dah ada anak, aku teruskan tradisi tu.. Kejutkan anak solat Subuh. Biasanya ayah dia yang bangun dulu, jenis ada body clock punya orang. Tido la pukul berapa pon, Subuh otomatik dia bangun. So, dia la yang kejutkan aku. Then aku kejutkan anak. Dah jadi pattern pulak. Tapi tak pe la.. Janji saling bantu-membantu. Menda elok, dapat pahala. Inshaa Allah.

Mom used to wake me up right until I grew up. And I liven the tradition when I have my own kid ~ waking him up for Subuh. But it's normally his dad who would wake up first, being a guy with 'Subuh Body-Clock'. No matter how late he went to sleep, he'd automatically rise when Subuh comes. He would wake me up and I wake Junior up. It has become a pattern, but it's okay... What's Gonna Work Is Team Work. Good deeds will get rewards of Pahala, Inshaa Allah.

Cuma bagi aku, kejut orang bangun Subuh kalau boleh janganlah dengan jerit pekik. Membebel jauh sekali. Lebih2 lagi kalu kejutkan budak kecik. Kasik la kredit sket, depa nak bangun pon kita dah kena puji. Orang tua pon susah nak bangun, budak kecik apatah lagi. Jangan sampai depa tension setiapkali Subuh. Karang tak pasal2 tanpa sedar depa sakit hati kat waktu Subuh. Yang mencorakkan perangai depa kan kita jugak?

But then again to me, waking someone up for Subuh should not be done with screeching voice, let alone babbling. Especially the kids. Do give them some credits for wanting to wake up in the first place. It's not easy for the adults to do so, what more the kids We sure don't want them to feel tensed every time Subuh comes.Worse, they might end up hating the prayer unconsciously. After all, we are the ones who contribute to their well-beings, right?
  
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya, itu kata pepatah Melayu. Kalu kasar2 sangat, rosak la rebung tu. Kalu dibiarkan tak diusik, dah jadi buluh nak lentur amenda nye.. Silap aribulan boleh patah, kan ke lagi haru-biru? Anak aku terlebih ramai, tapi yang sorang tu la dari dia start solat, aku kejutkan Subuh dengan penuh kasih-sayang. Tak pernah jerit-jerit, membebel jauh sekali. Yang aku perasan, cara dia kejutkan aku tidur pun penuh lemah-lembut. Usap2 rambut dan elus2 muka mummy dia yang terlelap lepas Maghrib. Bila aku terjaga, mesti dia senyum penuh manis. Sejuk hati mummy... Masa hati tengah syahdu, bleh nanges tu...! Kita buat macam tu kat dia dari kecik, bila dia buat menda yang sama kat kita, hati sesejuk air di kali...

As Malay proverb goes (literally), To Bend A Bamboo Must Be From The Shoot. If we go too harsh, the shoot will ruin but if we only want to bend it when it has already become a bamboo, we would break it. I have 'too many' kids, but I have been waking that only one kid of mine up with love and tenderness since he began to pray. No shouting. No Babbling. What I noticed, he's developed a loving way of waking people up. When I fell asleep after Maghrib prayer, he gently stroked my hair and face to wake me up. And when I did, he greeted me with ever the sweetest smile. I felt soothed, would make me cry when I was having some emotional issues. I've been doing exactly that to him since he was a baby. And when he did it to me, my heart melt like jellies. 
   
Itu je la. Terima kasih sudi baca... Assalamu'alaikum.

That's all. Thanks for reading. Assalamu'alaikum.





No comments:

Post a Comment