Mom Lives Forever

Assalamu'alaikum. Mak selalu ala2 protes bila aku nak salam peluk cium setiap kali nak keluar pegi kerja. Selalu dia akan cakap, "Tak pe la, tak salam pun tak pe..". Aku tak pernah kisah pun, tetap nak salam. Tetap nak peluk. Tetap nak cium. Sebab aku tak nak lepaskan sesaat pun peluang buat semua tu selagi mak ada depan mata.

Assalamu'alaikum. My mom always shoo me off each time I want to kiss her good bye before going off to work, saying things like "It's ok, no need to kiss me". Not that I ever listened anyways. I keep doing all those things, hugging and kissing her for I don't wanna miss a single chance to do so while she's still around, if you know what I mean.


Mak lahirkan aku masa umur dia 20 tahun, lepas hilang dua orang anak sebelum tu. Lama aku jadi anak tunggal.. 6 tahun baru dapat adik. Selama tu, aku selalu dengar orang buat komen yang aku tak nampak macam mak aku. Mak nampak macam anak mami, aku pulak entah la nampak macam apa, langsung tak macam dia. Mak kata, aku banyak ikut arwah nenek dia, orang Siam campur Cina. Apa2 je la, kan? Sampai sekarang pun, orang ingat aku menantu dia. Hurmm... Apa nak buat?

Mom gave birth to me when she was 20, after losing two children beforehand. I was the only child for quite sometime until I finally got a brother at 6 years young. All my life I never heard anybody said I look like mom, for she looks like an Indian and I look like well.. nothing like her, don't know like 'what'. Mom said I look so much like her late grandma, a mixed Siamese and Chinese. Not that I mind, really. Even until now people (strangers) think I'm her daughter-in-law. Hurmmm.. What to do?

Aku memang rapat dengan mak, dari dulu sampai la sekarang. Adik-adik pun selalu ada bunyi jeles suam-suam kuku pasal menda ni semua. Tapi adat la, korang.. Aku dah jadi macam kawan rapat, sahabat, kaunter aduan dan yang sewaktu dengannya sejak zaman remaja, hokeh..! Sebab tu la kot sentimental aku dengan mak lebih daripada orang lain. Dengan arwah ayah dulu pun macam tu, sebenarnya. Aku memang anak yang taat dan skema gila babas punya. Kalau nak kena rotan, adik-adik aku dah berterabur lari ke hulu ke hilir, aku duduk je tadah kepala. Alih-alih memang arwah ayah tak jadi rotan. Kesian agaknya dia...

I've always been close to mom since forever, which invited loads of envious statements from my siblings. But that's just normal, don't you think? We have always been like best friends, buddies, confidants and what not since I was a teenager, what do you expect? I guess that's why my attachment with mom has always been an extra mile further compared to the rest. Thing was the same with my late dad, in fact. I was a very obedient child to the max, I tell you. Didn't even run away when dad wanted to teach us some lessons, while others had long since fled. That he didn't have the heart to do so, I guess. Pity him...

Aku sejak arwah ayah takde, memang dah nekad dan berazam.. Takkan keluar rumah selagi tak salam dan peluk cium mak. Sebab, semua tu aku akan paling rindu bila sampai waktunya kami tak bersama lagi. Hari tu aku nasihatkan sorang kawan yang buat status kat FB rindukan arwah ibunya sangat-sangat. Aku kata, "Kita kalau boleh memang nak ibu dan ayah hidup dan ada dengan kita selama-lamanya. Tapi sebenarnya memang betul. Ibu dan ayah kita tak pernah mati.. tak pernah jauh dan senantiasa dekat di hati kita. Di situ mereka ada selama-lamanya, selagi kita masih bernyawa.."

After my dad passed away, I promised myself not to leave the house before hugging and kissing mom, simply because that's what I would miss the most when she's gone. I remember one day I commented on a FB status of my best friend who apparently was missing her late mom so very much. I said, "If possible we want our parents to be around forever. But actually that's for a fact. They never die.. Never far away from us and always close within our hearts. They live there forever, as long as we are alive...

- Posted using BlogPress by Nai at Tak Pe Je

Comments

  1. ye la..mmng lain muka mak n anak...bez kan bila mak ni mcm kawan kita ;)

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau rapat dgn mak ayah.......
    kalo dh tak rapat....kekoknya nk mula rapat...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin