Nuffnangx

Wednesday, 3 April 2013

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Assalamu'alaikum. Dah lama tak tengok Fahrin Ahmad berlakon. Dah pulak aku memang jarang tengok TV. Yang aku tau, settle kan bil Astro & letrik setiap bulan. Janji semua orang boleh layan cerita favorite masing-masing. Baru-baru ni aku terduduk depan TV masa drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Episod Pertama ditayangkan. Melekat la pulak! Suka sangat tengok Fahrin dan Fauziah Gous digandingkan. Watak dorang sangat comel. Skrip pon best.

Pelakon2 pon best, kira macam gandingan mantap daripada semua pelakon :- Dato' Rahim Razali, Lydiawati, Raja Ema, Shahrizal Jaszle, Aiman Hakim, Tasha Shilla  - antara yg aku tau la. Aku tak sempat nak ikuti sampai akhir, macam biasa la. Sekali semalam dah episod akhir. Hurmm.. Bertemu jodoh jugak Firdaus dan Fatin. Sungguh macho bakal tunangan dia (Hairi Anak Wayang) lepaskan kepada Firdaus. Kalau la kat dunia realiti pon semudah itu, aman la dunia akhirat..

Drama slot Akasia kat TV3 ni lagu temanya Fahrin yang nyanyi, pergh...! Bleh tahan gak suara dia, korang..! Dah la hensem, suara pulak best. Owh, sungguh bertuah empunya badan!

Hehehe. Selain lagu yang Fahrin nyanyi, ada OST daripada Bob budak AF 2 - Yang Bertakhta. Aku suka sangat lagu tu! Ni aku letakkan kat sini untuk korang dengar.
Dah teringat pulak saat-saat indah aku kat Abu Dhabi, chehh.. Tetiba, kaaaaan?
(Abu Dhabi pada waktu malam) - Posted using BlogPress by Nai at Tak Pe Je

6 comments: