Oh My Laundry!

Assalamu'alaikum. Aku anak sorang je, tapi isi rumah memang meriah. Jadi, sabun pencuci segala bagai memang cepat habis. Takat 10 kg sabun tu memang sekurang2nya dua kali kena beli setiap bulan. Pelembut (softener) tak payah tanya la, kan. Apatah lagi pencuci pinggan. Memang kena standby kat rumah kalau tak mau ulang-alik ke kedai.

Akhirnya, my dearest cadangkan suruh beli sabun dobi dari kilang. Dah lama dia suruh, tapi baru bulan lepas aku ambik tindakan. Bukan apa, tak sempat nak pusing jadual.. Busy la sangat konon...! Dalam tiga nombor yang aku telefon suatu pagi Ahad nan bening, 1 aje ada orang pick up. Mana dapat nombor2 tu? Dalam mudah.my kawan2 sekalian..


Sekarang aku dah macam nak bukak kedai dobi, boleh? Hehehe. Penuh kat rumah stok pencuci kain-baju, pencuci lantai dan pencuci pinggan-mangkuk. Orang yang jual tu Roztam namanya : +6017-377 4011. Sila telefon @ whatsapp jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut, ya?

Ni info aku amik dari iklan Roztam kat mudah.my. Tapi yang ni iklan sabunnya aje.
Harga : RM33
4 haruman yg wangi, lemon, lavender, rose & fresh.
10 liter bagi setiap botol. Sgt menjimatkan.
Penghantaran percuma - KL, Kampung Baru & Desa Petaling.

Bagus korang, produk yang Encik Roztam jual ni. Kalau pencuci kain-baju tu, dah sekaligus dengan pelembut. Jadi, kita jimat duit.. Tak payah beli pelembut dah. Yang pencuci lantai tu pulak, tak payah bilas pun lepas mop.. Bertempiaran larik segala macam serangga., sebab sekaligus dengan penghalau mahkluk yang sewaktu dengannya. Pencuci pinggan-mangkuk pulak, siap boleh buat cuci sayur dan buah-buahan. Sebabnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Semua produk di atas dihasilkan daripada bahan organik. Dah, tu je yang aku tau, okay? Yang lain-lain, sila tanya Roztam sendiri. Kem salam aku kat dia. Dengan ucapan, takde introducer fee ker? Hehehehe.

Mudah2an Allah memberkati segala usaha dan menerimanya sebagai ibadah. Ameeeen...


- Posted using BlogPress by Nai at Tak Pe Je

Comments

  1. harganya ok tak? mcm ok je kan bila dari bahan organik ni..

    ReplyDelete
  2. Eh bagus ni...cuma akak takde la meriah mndobi...hemm...blh cadangkan kat adik akak yg ada 6 anak tu...hihi tq nai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi bagus.. Sebab lagi jimat. RM33 utk 10 liter.. Tahan banyak bulan tu..

      Delete
  3. ehh cantik pulak kaler2nyaa......heheeh....

    ReplyDelete
  4. Salam, dalam 4 haruman tuh yang mana menjadi pilihan hati.. :)

    Kalau guna sabun nie tak payah pakai pelembut yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsm. Lavender paling best, sis. Tak pakai pelembut pon dah ok..

      Delete
  5. kalau nak order minima 1 die terima ker?

    ReplyDelete
  6. Kebanyakan pengguna di luar sana sememangnya tidak tahu dan tertanya-tanya di mana mereka boleh mendapatkan pewangi pakaian yang biasanya digunakan di kedai-kedai dobi, bertujuan untuk digunakan sendiri di rumah. Untuk membantu pengguna, telah terdapat kedai dobi yang tampil ke hadapan menjual produk tersebut dalam kuantiti yang lebih kecil untuk memudahkan pengguna mendapatkannya.

    Bukan sahaja pewangi pakaian, pelbagai produk dobi yang lain yang sukar untuk didapatkan di kedai-kedai runcit biasa juga pada masa ini boleh didapati di kedai-kedai dobi terpilih.

    Sila layari laman web & blog http://www.cucicuci4u.com untuk mengetahui lebih lanjut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan