Nuffnangx

Sunday, 14 April 2013

Singa Menyinga

Assalamu'alaikum. Ok, yang singa tu bukan aku, ye... Hehehe. Dalam gambar tu adalah singa, ya kawan-kawan sekalian. Singa dan yang sewaktu dengannya. Lama dah gambar ni, tengok la tudung aku tu.. Kan dah lama fesyen tu.


Korang selalu tak jumpa orang yang garang macam singa? Ya, memang susah nak hadapi orang macam tu, aku tau. Tapi kalau dah tak ada pilihan, kita terpaksa hadapi jugak. Masa emosi kat hujung hidung, jenuh jugak kita nak bersabar. Segala kewarasan kadang-kadang dah bertaburan kat udara. Apa nak buat? Buat bodoh? Boleh jugak. Lawan balik, pun boleh. Tapi apa kesan dan implikasi lepas tu? Sebab tu la, kita memang nak tak nak kena jadi seorang yang tenang lagi menenangkan. Akhirnya, banyak jalan penyelesaian datang dari ketenangan akal dan perasaan.

Nak jadi macam tu ambik masa yang lama, bukan sehari dua. Kata bijak pandai, 'Practice Makes Perfect'.. Maknanya, memang kena berlatih dan terus berlatih dari hari ke hari. Kita dulu masa mula-mula pandai berjalan, bukan ke bertatih-tatih dulu? Bukan ke sebelum bertatih tu merangkak dulu? Sebelum merangkak pun jenuh usaha nak meniarap. Tak ada seorang pun yang lahir-lahir je terus berlari keliling padang. Tak ada, kan? Jadi, proses kehidupan ni memang perlu latih-tubi yang tak ada kunjung padamnya. Berterusan dan istiqamah.

Jom la kita jadi manusia yang ada alat kawalan jauh kepada emosi dan nafsu. Jadi tuan kepada emosi dan nafsu, bukan sebaliknya. Kalau kita jumpa orang yang menjadi hamba kepada emosi dan nafsu, sekurang-kurangnya kita tak akan terjebak sama macam mereka. Kalau kita jadi singa jadi-jadian dengan orang yang tengah menyinga, singa betul pun belum tentu nak jadi pengadil. Dah tau orang tengah berapi-rapi, buat apa sibuk curahkan minyak tanah? Bukan ke lebih baik simbah air kalau tak nak lempar tanah? Sebab esok-esok, singa ke tak ke semua pun kembali ke tanah jua...

- Posted using BlogPress by Nai at Tak Pe Je

No comments:

Post a Comment