Kisah Umbut Sawit

Assalamu'alaikum. Orang kampung jarang yang tak kenal sayur lemak umbut, kan? Tapi tak semua orang kampung yang tahu macamana nak dapatkan umbut dari proses awal sampai akhir. Minggu lepas kitaorang dapat saksikan proses tu depan mata, terjakun-jakun rasanya. Adik aku gigih amik gambar, penuh keterujaan.


Haa.. Kasik potong itu sawit dulu, bukan kecik-kecik anak punya kerja..!


Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Samalah jugak umbut sawit. Kalau tak dipecahkan batang pokok kelapa sawit tu, manakan dapat umbutnya. Ternyata susah dari pandangan mata, semestinya susah bahu yang menggalas beban kerja itu..! Insaf seketika aku, betapa banyak kerja yang tahap fardu kifayah menyenangkan banyak pihak. Subhanallah..


Dah nampak isinya, kan? Kerja bertukar dari satu tangan ke satu tangan, dalam jemaah gotong-royong orang kampung yang rata-ratanya golongan tua. Yang muda, memerhati.. Besok-besok kan nak jadi tua? Siapa pulak nak teruskan kerja fardu kifayah tu kalau bukan yang muda, kan?


Ok, tengok balik gambar pertama.. Gitu la kepingan umbut dalam kepingan yang lebih mesra pegangan, sebelum dihiris menjadi kepingan yang mesra suapan. Ni gambar google aku ambik:


Kekdahnya, senang untuk dimakan.. Takkan nak suap dengan kepingan gedabak macam yang adik aku pegang dalam gambar mula-mula tu, kan? Mau tercekik semua orang, tak pasal-pasal haru-biru.

Oh, ya! Ada yang tak tau kan umbut ni apa? Takpe, korang bleh google kalau nak tau lebih, sebab aku tau sikit-sikit aje. Umbut ni bahagian paling bawah pokok pisang, kelapa, kelapa sawit yang masih muda, lembut dan boleh dimasak.. Itu la yang aku tau. (Tapi mak aku kata, yg dah tua pon boleh lagi dimasak). Jadi la, kan? At least gitu la yang aku jawab bila anak aku tanya itu hari. Hhehe.

Jumpa lagi, ya? Terima kasih sudi singgah... Assalamu'alaikum.










Comments

  1. Oo...selama hari ni duk ingat la umbut tu bhgn dlm batang pokok tu....hihi
    Thank you dik for ur mabeles info :)

    ReplyDelete
  2. biasa pernah mkn umbut kelapa, umbut sawit tak penah cuba lgi...tpi sure rsa dia lebih kurang kot...sedapnya mkanan kg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap... Cuma jgn byk2, nanti kembung perut. Umbut kan sejuk.

      Delete
  3. seingat aku dulu2 masa aku kecik, kalau ada wedding kat kampung, mesti pokok kelapa akan tumbang sebatang, dok amik umbut, masak gotong royong, makan sama2, best beb....aku kan anak kampung, mmg kalau time wedding ternanti2 la lauk umbut ni, tapi biasanya dari pokok kelapa la, jarang org amik kelapa sawit punya hehehehhe eh rasa dia sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la beb.. Yg ni gotong-royong (rewang) kerja kawen la..
      Sayur lemak putih umbut, ikan patin masak tempoyak, sambal pede, ikan talang masin..
      Rasanya agak2 nak sama tapi tak serupa. Ngeee..

      Delete
  4. pernah makan umbut buluh tu. umbut kelapa.. tapi tak pernah nampak malah makan umbut kelapa sawait tu. never thot lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kakak.. Kita tak pernah makan umbut pisang setakat ni.. Umbut kelapa & sawit dah..

      Delete
  5. Salam Nai, lama betul tak makan umbut kelapa atau kelapa sawit. Seleranya tengok. Selamat menyambut Ramdhan Nai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsm kakak.. Selamat menyambut Ramadhan.. Nak pekena umbut ni kena ada kenduri mcm ni je, kan kak?

      Delete
  6. Really? It's possible to get UMBUT from banana?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. From what I googled, yes.. It's not from the fruit, though but rather from the tree. Thanks for dropping by..!

      Delete
  7. assalamualaikum, saya tgh cari supplier umbut kelapa sawit untuk tujuan analisis makmal. kalau ada supplier di sini, saya nak minta tolong hubungi saya ( zulfadhlimdradzi@gmail.com ). harap jasa baik tuan puan dpt memudahkan kerja saya utk tabur sedikit bakti utk masyarakat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan