Makan-Makan Di Melbourne

Assalamu'alaikum. Rasa macam lama je tak update blog, tapi bila tengok balik tak la lama sangat. Heheh. Okay la, hari ni aku nak cerita sikit pasal makanan halal kat Australia. Kalau
entry yang sewaktu dengannya dulu aku cerita pasal steak yang meletup kat Sydney, kali ni meh tengok pasal Mee yang kebaboom kat Melbourne. Restoran yang namanya Noodle Hut ni dimiliki oleh orang Asia dan hidangannya 100% Halal tapi tak sure la pulak pemiliknya Muslim ke tidak.

Mula-mula, kita pilih Mee dulu. Ikut suka mak bapak kita la nak pilih yang mana, dengan syarat Mee tu memang ada kat situ, ya tuan-tuan dan puan-puan? Macam jejaka kat bawah ni dia pilih Mee kuning, so Mee kuning la yang penjual tu amik. Masa pilih Mee tu, kita kena pilih isi kandungan Mee tu pulak. Lebih kurang Steamboat jugak la.. ada udang, ketam, daging + sayur. Nak detail kan aku dah ingat-ingat lupa, oopps.. sowey..!


Kemudian, kena pilih cara masakan pulak - nak goreng-goreng ke nak kuah-kuah. Haa.. Baru la nak mendongak tengok menu kat atas sinun, dah la ketinggian orang Melayu yang memang comel dan menu tu pulak tinggi la bebeno. Ehem, Ehem.


Meh, tengok dekat sikit. Nampak kan Mee, lauk, sayur semer?


Meh tengok jugak lauk apa yang ada. Tak yah la aku sebut satu-persatu, ye?


Aku makan Kuey Teow goreng, malas nak amik sup. Masa tu laparnya Ya Allah.. Aku bayangkan segala juadah yang sedap-sedap kat KL lepas tu aku bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Kusuap dan terus menyuap. Hurmm... Yummeh...!


Sedap korang tanya? Of kos la... Itu je pun yang ada, mau tak sedap? Heheheh.
Tapi serius, memang sedap.. cuma ye la, takde benda pedas kan? Macam tak puas je makan. Lagi satu, dah perangai aku orang Terengganu ni, makan segala jenis Mee je nak ada keropok keping. Makan keropok keping je nak ada Mee. Disampuk kerinduan la aku kat situ.. Gitu la kekdahnya duk tempat orang... 


Ni bukan semua aku yang makan, okay? Kawan-kawanku semua la tu.. aku tukang amik gambo je. Aku punya yang paling banyak tak abis tu, kat depan sekali. Alhamdulillah, Kuey Teow tu sangat sedap walaupun tak pedas dan takde keropok keping. Masa mula-mula tengok Kuey Teow dalam mangkuk tu kan, rasa macam tak cukup - maklum la, tengah kebulur. Sekali bila makan, amik ko.. kenyangnya mak aai...! Tak mampu nak abis..

Kalau korang tanya harga berapa AUD, tak dapek den nak kobar kan, den lupo...! Tapi seingat aku, kita pernah bertemu dulu.. di suatu pesta.. keramaian.. anggun wajahmu.. Eh, sorry, tersengaja merapu sket. Serius pulak, ya? Seingat aku, consider murah la dengan rasa yang sedap dan tempat yang selesa. Masa tu sejuk yang amat, dah nama pun winter. So, bila dapat duduk dan makan kat tempat yang ada heater, memang nikmat la sangat-sangat.

Orang Malaysia dua tiga menjak ni pakat nak gi bercuti kat sana, so aku amat-amat rekemen Noodle Hut ni. Alamatnya: 325 Barry Road, Campbellfield, Victoria. Terbaekk...! Cuma pesanan penaja, sila jangan lupa bawak cili padi dari rumah. Kalu rajin, bawak sekali keropok keping segera yang banyak kat Losong, Terengganu. 

Tu je la, terima kasih ya sudi singgah. Hingga ketemu pada waktu mendatang, Selamat Jalan, Romeo & Juliet semua.
Assalamu'alaikum.

- Posted Using Blogger With Lots of Love By Nai at Tak Pe Je.




Comments

  1. perghh unik tu...kena pilih2 pulak yerr...

    nai..meh jadi tourist guide g...tak kompident je nk bercuti sana..english baguss sgt...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, g.. Belasah je. Nai pon tergagap2 jugak.. Masuk seminggu ok la..

      Delete
  2. dasat la plak nak kena bawak cili api dari umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak rasa sedap sket la.. Heheh. Kalu x kisah, no worries..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan