Nuffnangx

Sunday, 14 July 2013

Suatu Sahur: Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak

Assalamu'alaikum. Korang sahur apa semalam? Aku malam tadi dalam kul 10.30 dah masuk dapur, selongkar fridge apa yang menarik untuk dimasak. Sekali aku nampak Bibik simpan pucuk ubi kat paling belakang, terus aku keluarkan. Lepas tu aku keluarkan ikan sardin dan ikan kembung. Tunggu punya tunggu, Bibik tak turun-turun lepas naik mandi, aku rasa dia mesti tertidur keletihan. So, tak pe la, aku bergerak je la secara solo. Dulu masa dia belum kerja pun, aku sorang aje kat dapur. Mak aku dah suruh masuk tidur, sebab dia duk mengadu lenguh-lenguh urat. 

Ok, kembali kita kepada pucuk ubi tadi. Buat sayur lemak je la yang sedap, kan? Kebetulan adik lelaki aku ada datang dari Rawang, aku mintak tolong dia belah kelapa. Sementara tu, aku rebus ikan sardin untuk ditumbuk dengan lada hitam nanti.  Nak cepat punya pasal, aku kukur la kelapa tu sendiri, kekok jugak lima saat pertama. Oh, ya! Rumah aku takde mesin parut kelapa, yang ada cuma pengukur kelapa old school punya. Sebabnya, aku memang fobia dah nak guna mesin parut kelapa sejak jari telunjuk kanan aku hampir reput kena parut dek mesin tu. Dah lama dah, masa tahun 2000 lagi.. 13 tahun berlalu, kesannya masih berbekas kat jari aku. Masa aku kukur kelapa tu terasa sangat macam perempuan Melayu terakhir, ok? Hehehe.

Dipendekkan cerita, dah siap nak menumbuk lada hitam segala, aku suruh adik ipar aku pergi jenguk Bibik. Terpisat-pisat dia turun, aku tak marah pun.. Dia banyak sangat menolong, takde maknanya aku nak naik angin kalau dia tertidur. Track record dia bagus lagi pun. Dia terus sediakan pucuk ubi untuk dicelur. Dah elok empuk, tinggal nak masukkan aje dalam campuran santan. 

So, apa pasangan sayur lemak pucuk ubi tu? 
1- Isi scallop yang beli kat Sabah aritu - masak merah.
2- Ikan kembung - dipanggang garam kunyit.

Sahur tu aku makan bertambah, wah.. rekod tu weh! Memang superb la gandingan pucuk ubi dan ikan kembung tu. Mak aku komen senang je, masa awak kecik-kecik dulu mana reti makan ikan masa bulan puasa. Aku nak tergelak pun ada. Mak oi.. Anakmu ini dah akhir 30-an, bukannya budak-budak lagi..! Tapi dia nak menang jugak, katanya tahun-tahun lepas pun mana ada awak makan macam ni..! Ha'ah kan? Baru aku perasan. Aku memang tak berapa suka ikan kembung pun selama hari ni. Takpe la, kira macam tukar selera sket la. Mak pun aku tengok banyak jugak makan walaupun sepanjang aku membesar sebagai juara dia tak pernah masak macam ni bulan Ramadhan.

Malam ni aku nak masak apa ntah. Senang nanti Bibik panaskan aje masa sahur. 
Goreng bawal sedap jugak kan? Hurmm.. Ikan lagi. 

Ok la korang, selamat bersahur dan meneruskan Ramadhan...
Terima kasih ya sudi singgah dan baca entry yang meleret-leret ni.
Jumpa lagi.. Assalamu'alaikum.

- Posted Using Blogger With Lots of Love By Nai at Tak Pe Je.


8 comments:

  1. Replies
    1. Oh, I'm sorry, dear..! May be u can try google translate?
      It's about what I prepared for sahur..

      Delete
  2. menu kg mmng sodap! lelagi ada sambal belacan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la nye.. Tapi akak tak mkn pedas masa sahur..
      ^_^

      Delete
  3. seb bek takde gambo kalo tak mau terliooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi plak rasanya tak snap gambo..
      Bangun sahur mana la ada mood nak amik gambo, kan..?
      ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. Pastu, ada yg komplen apasal jeans dia belum longgar walaupun dah seminggu posa..
      Hehehe.

      Delete