Nuffnangx

Friday, 4 May 2012

Elusan Satin

Salam. 
Jom kita review Tudung Satin.
Tak semua orang suka pakai fabrik nih buat tudung, susah nak bentuk.
Kena rajin tahap gaban baru sanggup. Dan banyak masa terluang, of kos.

Dah lama aku tak sentuh satin buat tudung, especially kalau yang 4 segi.
Baru2 ni aku pegi beli barang2 dapur kat Jusco, ada gerai kat ruang legar, jual tudung.
Ada selendang satin, aku beli dua pasang. Satu kaler pink, satu lagi hijau.
Rasa pelik sket, nampak macam scallop langsir pun ada.
Hasben aku pun duk tergelak sorang2, cessszzz... 
Mengutuk aku la tu.

Aritu aku pakai kaler pink ni pegi KL.
  Rasa tak selesa + subconscious, segan la pulak.. berkilat yaamat kainnya.
So, bila dah sampai stesen Masjid Jamek, aku masuk tandas, betulkan tudung.
Aku terbalikkan side nye, baru rasa ok.


Masa ni belum tukar..

Esoknya aku pakai yang kaler hijau pegi ofis. 
Kali ni aku siap2 terbalikkan side tudung tu dari mula, kasi less shining.
Owh, hijau serindit ku sayang...
Kali terakhir aku ada tudung kaler nih masa Form 5.
Fabriknya Sutera Terengganu.
Aku amik gambar nak buat passport, ingat lagi.
Gambar tu la aku gunakan hantar Borang UPU.
Bening je muka masa tu.
Suci daripada sebarang noda.
Heheh.


Kulihat Hijau..


Aku kecewa. Sebabnya, walaupun cantik yaamat, kualitinya hancuss.
Mesti satin yang paling murah depa beli nih.
Pinkan sikit pun dah rosak bagai.
RM10 aku beli tu..
Patut RM4.90 je pun kalau kualiti macam gitu.
So, itu la aje ye kawan2 kali pertama + terakhir aku akan beli.
Baik aku carik satin kat Nagoya, balik jahit sendiri.
Bukan susah pun, kan?
Upah klem tepi, jahit tangan je dah siap.


Tapi yang ada corak kat bawah ni elok kain nye.
Padahal aku beli kat Mydin je pun, jauh lagi murah + berkualiti.
Tu la kan, kena pandai memilih.
Aku takde hal bayar lebih, janji menda elok.




Jadi, jom la kita jalan2 lagi carik satin mengelus wajah.
^_^



No comments:

Post a Comment