Suatu Masa


Salam. Aku kan suka sangat tengok tulisan kaler biru. May be sebab dulu2 aku pernah jatuh hati kat somebody yang guna tulisan biru masa chatting. Dah lebih SEDEKAD nan lalu. Owh, how time flies..! 

Hari tu ex-classmate sekolah menengah aku ada tulis dalam FB, "Sometimes We Are Not Missing Someone That Much But Actually Missing The Memories With Him".  Aku jadi, erk, yeah, may be that's it. May be that's what's been bugging me all this while. Pastu aku tanya gak sama pokok, apa sebab goyang, naaahh... Heheheh. Adeh, perit nye tekak, payau nye lidah.. tanda2 akan diserang demam. So, arini aku keja dari rumah aje ler, pantau sana pantau sini. Email sana email sini. SMS sana SMS sini. Nak naik beskal kat depan rumah terasa macam penat sangat. Tulis blog maka akhirnya.

Cerita pasal masa ni kan, aku teringat plak kat lagu berhantu Abang Makin Hensem Hari Ke Hari Sifu M.Nasir, iaitulah SUATU MASA. Punya la aku terkesima tengok si Hazama nyanyi lagu tu featuring Azlan Typewriter baru2 ni (Konsert Mania Minggu ke-7). Setiapkali Lan nyanyi je, aku jatuh hati. Tak banyak part yang dia nyanyi, tapi sebab setiapkali dia nyanyi aku jatuh hati, maka berkali2 la aku jatuh hati malam tu. Tak kisah la dia tengok kertas A4 gedabak pun tak ingat lirik, kan? Dimaafkan, like Stella kwn aku pernah cakap, "Bad Guys Get Away With Everything". Hurmmm... Itu la masalahnya. Good Girls Are Almost Alwiz Attracted to Bad Guys.



Lagu Suatu Masa ni, aku pernah tgk Abang M.Nasir nyanyi LIVE kat Istana Budaya, tapi apasal la tak dapat carik dalam you.tube. Aku dah hanyut semacam aje masa tu, pegang hati diam2, jangan ikut perasaan. Susah sebenarnya jiwa macam aku nih. Nak seimbangkan dengan pegangan dan agama. Antara minat jauh di lubuk hati nan paling sunyi dan realiti kehidupan. So, aku terdiam. Diam yang paling bingit dalam keriuhan. Aku sangat terkesan dengan cara lagu tu disampaikan penyanyi asalnya. Sebesar2 dewan IB, aku rasa makin lama makin hilang. 

Masa Hazama nyanyi dengan Lan, kamera ada fokus kejap kat Abang M.Nasir. Ntah la, aku rasa lagu ni ada cerita yang sangat memberatkan hati empunya badan kot. Sebab, sapa2 aje yang boleh buatkan orang terkesan dengan karya seninya, ada kisah yang menyayat hati di sebaliknya. Itu bagi aku la.

... Mode: Ntah Apa-Apa.





Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin