Nuffnangx

Wednesday, 2 May 2012

Nikmat Yang Ditarik

Salam.
Sebelum ada entries yang bernaung di bawah label RANGGI METROPOLITAN kat blog rojak Tak Pe Je, lama gak aku kurang sihat. 
Tak banyak yang tau pun, melainkan penghuni rumah + staf kat ofis.
Sebab aku memang begitu kekdah nye.
Diam dan mendiamkan diri.
Kalau terlampau sedih, diam.
Terlampau marah, diam.
Terlampau penat, diam.
Terlampau sakit laaaaaagi diam.
So, selagi aku boleh menjerit depan korang, makanya aku normal.
Selagi aku boleh update blog, elok lagi keadaan tu.

Tapi kalau aku diam, memang ada problem.
Kalau aku berdiam dan menangis aje, disastrous.
Ada banyak benda yang tak kuasa nak diluahkan la tu maknanya.
Sebab aku menangis sungguh2 bila marah, sakit hati, bosan, menyampah dan terluka tahap paaaaaling maksima.

Anyways, bila dah lepasi tahap mendukacitakan itu,
Alhamdulillah... aku bangun balik.
Aku raikan dengan sediakan hidangan special hujung minggu.
Penuh meja bibik susun semua lauk-pauk.
Mentang2 la dah lama aku tak masuk dapur.
Tgk dia susun macam tu, aku cepat2 amik henfon + snap satu-persatu.


Rezeki...

Hasben ku yang bertuah itu baru balik dari Kota Kinabalu masa tu.
Dua kotak dia bawak balik lauk basah + kering.
Jenis hantu seafood dan seorang pemborong tegar, macam biasa.
Alang2 aku sihat sket, maka aku buat la hidangan2 peberet dia:

No. 1

Udang Masak Lomak

 No. 2

Udang Bakar Cili

No. 3

Sambal Belacan

No. 4 (Peberet Seisi Famili)

Bendi Goreng Asli
No. 5 (Peberet Junior)

Ikan Goreng Halia

No. 6 (Bonda Buat)


Gulai Ikan Talang

Tapi kan korang, letak la Hidangan Diraja pun, kalau dah takde selera,
takde maknanya...
Masa tu la baru hargai Nikmat Selera Makan.
Bila dah ditarik, haa... kan dah melopong?
Lagipun, kalau aku masak, memang aku jadi kurang selera.
Lebih2 lagi baru je sembuh dari tahap OKU.

Banyak2 lauk tu, aku bleh jamah Bendi Goreng aje.
Makan kering je dengan Ikan Goreng Halia, cicah Sambal Belacan.
Alhamdulillah.. dapat la jugak nikmat makan walaupun takde nikmat selera.

So, 
Pemenang Nye...




Hargai la Nikmat Selera Makan anda,
demikian la pesanan Puan Tak Pe Je...


Wassalam.





4 comments:

  1. Salam kenal. Makanan yang sangat enak & berkhasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Tq sudi mampir. Tu la dia, makanan enak & berkhasiat tapi xde selera, tetap tak best.. Kan?

      Delete
  2. Huiii semuanya fav akak laa...:) tmbh2 ikan goreng dan sambal tu ehemm
    Laa tak sihat ka...?
    Jgn lupa trus ambik ubat ya..dan ni kena rehat btl2 ni baru cepat baik dan kembali brselera yaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahh.. Pemenang nye tetap ikan goreng & sambal belacan, ya? Heheh. Now dah byk ok nye, kak.. Alhamdulillah. Itu kisah sblom masak2 nye pon... ;) Tenkiu, terasa cam diambik berat plak, chewah...

      Delete