Islamisasi Pakaian

Salam.
Dulu kan bukan senang nak cari blouse labuh.
Kalau ada pun kena tempah.
Hijabista memang kena kreatif habis, Islamisasikan pakaian.

Macam baju kaler hijau merak kat bawah ni, aku beli kat wholeseller fesyen Korea 3 tahun lepas. Tu pun jenuh nak kena carik stokin tangan kasik tutup aurat.
Dan kalau ikutkan, stokin tu ikut bentuk tangan sangat, masih tak cukup syarat.
Tapi masa tu itulah yang terbaik pada pemahaman aku. 
Sekarang dah ada perbincangan terperinci pasal menda2 nih, maka aku kena review la pemakaian macam tuh.


Memandangkan semua jeans aku sendat2, maka tak lulus piawaian nak jodohkan dengan blouse nih. Digantikan la dengan pants. Terus jadi smart casual.


Pilihan lain yang ada, suai-padankan baju kurung moden dengan pants.
Dulu Anita Sarawak bgtau arwah Sudirman, dia jadikan baju kurung moden yang sendat yaamat untuk nyanyi kat Vegas. (Bajunya aje, tanpa kain, tau..)
Aku pulak jadikan kurung moden macam nih:



Owh, sekarang ni senang kat Malaysia ni, Alhamdulillah.
Berlambak baju labuh kat pasaran.
Boleh la aku lepaskan rindu kepada jeans aku tuh...


Macam yang kat atas ni, macam2 design + pattern ada. Tak kira bercorak ataupun polos, dah berlambak2 kat kedai.
Bagi aku yang kurang gemar T-Shirt Muslimah yang orang duk sibuk pakai,
fenomena macam ni of kos buatkan aku gumbira.

Siapa kata tak boleh berfesyen dan dalam masa yang sama menutup aurat.
Kan?
:)


Dah pulak sekarang banyak kedai online....




Comments

  1. Tak pyhlah censored muka, betul & cantik baju2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai akak.. Kena la censore, hahaha.. Tq for keep coming.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin